Selamat datang ke cantikseni.blogspot.com

Saturday 12 May 2012

CORAK DAN REKAAN


 Corak Dan Rekaan


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:


Corak tidak terancang secara:
1. Pualaman
2. Tiupan
3. Titisan
4. Ikatan dan celupan



5. Renjisan dan percikan


Corak terancang secara:
1. Lukisan
2. Catan
3. Cetakan
4. Capan
5. Lipatan dan guntingan
6. Resis
7. Kolaj
8. Kaligrafi


Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

KOLAJ



Kolaj

Kolaj bermakna tampal dan gam. Selain itu juga teknik kolajdapat dihasilkan tanpa menggunakan bahan-bahanasas.Dalam penghasilan catan juga boleh menggunakanteknik kolaj dengan menggunakan media campura.
Bahan – bahan yang sesuai digunakan untuk kolaj ialahcarikan kertas-kertas, keratan akhbar, kepingan besi ,kainatau kain perca dan kepingan – kepingan nipis yang lain.
Ciri-ciri teknik kolaj ialah mengumpulkan dan menampalbahan kutipan ke permukaan lukisan atau catan untukmenghasilkan reka bentuk dan kesan tertentu.
Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertamayang digunakan di dalam seni halus.


Contoh Kolaj

Ukiran


Ukiran Kayu






Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.




BENTUK-BENTUK UKIRAN


a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.


Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.






b. Ukiran Bunga Timbul


Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.








c. Ukiran Arca


Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.




d. Larik


Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.




d. Ukiran Kayu Hanyut


Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.








Tuesday 8 May 2012

Cetakan

CETAKAN


Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.

Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15.


Cetakan Sutera





Cetakan Blok




Kraf Tradisional


KRAF TRADISIONAL




Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

1. Alat domestik
2. Alat permainan
Batik
3. Alat pertahanan diri
4. Perhiasan diri (ornamen)
5. Batik
6. Tekat
7. Ukiran
8. Tenunan
9. Anyaman
10. Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.




Garisan


GARISAN

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Pengenalan Garisan

 Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.


Jenis-jenis Garisan

1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut-sudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbiji
10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus
12. Garisan berduri









Fungsi Garisan


1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

Garisan menghasilkan rupa
Garisan menghasilkan bentuk

Garisan yang mencipta corak

Garisan yang mencipta corak

Garisan menghasilkan jalinan



Garisan, Ton dan Ruang


1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.




Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni


1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)

Aplikasi garisan dalam arca

Garisan tampak pada anyaman

Tenunan juga menghasilkan garisan

Terdapat kesan-kesan garisan



Monday 7 May 2012

Pengenalan



PENDIDIKAN SENI VISUAL



Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk
kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri.


Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan
dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya
kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya
yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai yang disebutkan.


Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah menengah merangkumi perkara
yang berkait dengan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraf
tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih
luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui
kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan
warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam
meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual
yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai
serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.